
Tips-tips Persediaan Kahwin Muda & Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa
- anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibu bapa , adik-beradik , saudara-mara serta orang sekeliling . sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibu bapa untuk 'melepaskan' anda ke dunia yang lebih mencabar iaitu perkahwinan
- tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan . baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak . kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda
- jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik . lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri
- beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata . akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim
- anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibu bapa anda untuk anda berumahtangga . sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan , side income serta simpanan anda terdahulu . bagi yang masih belajar , usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan . ini penting sebagai keyakinan kepada ibu bapa bahawa anda mampu untuk menanggung pasangan seawal usia muda
- buat pasangan yang masih belajar , letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi . pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar . fahamkan pasangan dan ibu bapa tentang komitmen utama anda . insyaAllah mereka akan menyokong dengan baik
- jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibu bapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak
- anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda . cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi . bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini . ambil hati ibu bapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah . minta nasihat dan pendapat dari mereka
- sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak , jangan berputus asa . teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini . insyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibu bapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda berkahwin
- terus berdoa , usaha dan tawakal . insyaAllah :)