Tuesday, May 6, 2014

Fahami Al-Quran


Firman Allah SWT :
"sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab , supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya"
(Surah Yusuf : ayat 2)

ayat ini menjelaskan betapa pentingnya memahami Al-Quran . Allah telah membekalkan manusia dengan akal yang waras agar dapat menggunakannya untuk memahami Al-Quran melalui pelbagai cara . salah satu daripadanya ialah dengan mempelajari bahasa Arab .

memahami Al-Quran adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam . walaupun dengan hanya membacanya kita diberikan pahala . tetapi kita tidaklah boleh berhenti setakat di situ sahaja . seharusnya kita sebagai umat Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai landasan utama kehidupan kita dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW , seharusnya memahami isi kandungannya dengan menggunakan pelbagai kaedah .

sememangnya kita sering bimbang hati kita lalai dan berat untuk mendalami Al-Quran . justeru , kitalah yang menentukan landasan kehidupan kita .

Firman Allah SWT :
"(setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran ? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?"
(Surah Muhammad : ayat 24)

semoga dengan 2 firman Allah SWT ini akan membangkitkan hati kita untuk memahami Al-Quran . Aamiiin 

..

Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )

Bila Pelajar Sains Bercinta


di ambang sore nan hening ...

Lelaki : kasihku , ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isi padu jantungku . masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan ??
Perempuan : aku tidak percaya kepadamu , kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku .
Lelaki : kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini , kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian .
Perempuan : tapi , aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang ku berikan .
Lelaki : tapi cintaku padamu adalah pemalar !!
Perempuan : aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih .
Lelaki : tapi , aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan .
Perempuan : kau jangan bohong ! aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak .
Lelaki : itu adalah fitnah yang telah tersebar melalui proses pancaran dan perolakan .
Perempuan : tetapi , mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan ?
Lelaki : aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu .
Perempuan : adakah kita akan berpadu secara kimia ?
Lelaki : itu masih belum diketahui , tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya .
Perempuan : aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya .
Lelaki : nampaknya , kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya .
Perempuan : tapi , aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali . masihkah kau tidak percaya ?
Lelaki : ya , aku percaya . tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim .
Perempuan : itu semua boleh diabaikan , yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam .
Lelaki : kau harus bersabar , kerasa sabar itu 0.5 dari iman .
Perempuan : tapi , imanku adalah infiniti !!
Lelaki : aku tidak fikir iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23 .
Perempuan : kau membuat kemarahanku meruap-ruap . nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara , kau juga yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis .
Lelaki : aku sekarang bukan aku yang dulu lagi , aku telah mengalami plasmolisis .
Perempuan : kau betul-betul menyakitkan hatiku ini . ku sangkakan kau intan , tetapi rupa-rupanya kau grafit . pergi kau dari sini , biarkan aku sendirian ...



Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )

Tuesday, December 24, 2013

Ya Ummi !!


I will return oh mother
And kiss your chaste head
And suppress (blame?) my desires
And taste the scent of your blessings

Besmirch in the richness of your feet
My cheek when I meet you
Water the soil with my tears
Happy that you are alive

How many nights did you stay up late
So that I could sleep to your content?
And how many times did you thirst
So you could quench my thirst with you tenderness?

And one day I was ill, I do not forget
The tears from you that were like the rain
And your eyes which stayed awake
Fearing that I may be in danger

And the day we parted at dawn
And oh what a harsh dawn that was
Words cannot explain what
I felt when I abandoned you

And you told me things which I still remember throughout my life
"You will never find a heart more tender towards you than mine"

Oh joy of my life
The Creator has commanded me to be loyal to you
Your content is the secret of my success
And my love of you is the secret of my belief

Don't be sad my ummi!!
Here am I, I come to you with tear eyes

Don't be sad my ummi!!
There will be no separation from now on until the separation of death



Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )

Friday, November 15, 2013

Pengajaran : "Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pak Cik"


Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar . Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating . Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwe nya , maka berlakulah dialog berikut :

Gadis : masuk lah dulu , jumpa dengan ayah saya
Teruna : boleh ke ??
Gadis : masuk je lah ..

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama . Pintu yang siap terbuka mengalu-alukan kedatangan si teruna

Teruna : assalamualaikum ..
Bapa Gadis : waalaikumussalam ..

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis , teruna si teruna kaku membatu . Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu ..

Gadis : mari , duduk kat kerusi ini
Teruna : eehhh ..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut , duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis . Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka .

Bapa Gadis : nak jalan ke mana ?
Teruna : bandar je pak cik , dia nak cari barang katanya . barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : oohhh ..
Teruna : ???

Hampir 5 minit senyap tanpa suara . Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang belakang membawa air serta biskut kering . Si teruna senyum kelat .

Ibu Gadis : minum la ni sikit . kamu sudah sarapan ?
Teruna : ehh ... sudah cik . terima kasih ..
Ibu Gadis : kamu ni malu-malu pula dengan kami
Teruna : segan cik . hehe
Bapa Gadis : bila kamu nak hantar rombongan ?
Ibu Gadis : eh .. apa ayahnya ni ??
Teruna : ehh .. duit takde lagi . hehehe
Bapa Gadis : kamu bawa anak kami ke hulu ke hilir . apa orang kata nanti ?
Teruna : (eh , malu dengan orang ke malu dengan Allah . Lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) kami naik kereta je cik , takde la nampak berkepit sangat . ermm boleh saya tanya cik sikit ?
Bapa Gadis : boleh takde masalah ...
Teruna : pakcik dengan makcik nak letak wang hantaran berapa ye ??
Bapa Gadis : kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : ehh . tak kisah la , tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi dari orang sebelah ni
Teruna : berapa tu makcik ??
Ibu Gadis : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (amboi , kau melantak dulang ke apa ?? Wuhaa .. 25 ribu , mana nak dapat ? Aduh ..) tingginya makcik , tak boleh rendah lagi ke ??
Bapa Gadis : itu nasib kamu la , kamu yang nak kat anak kami . lagi pun dialah satu-satunya anak perempuan kami , kena lah market sikit . nak grand-grand macam tu ...

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu . Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis .

Teruna : ermm .. kenapa anak pakcik tak pakai tudung ?
Bapa Gadis : itu kena tanya maknya
Teruna : (eh , boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : ehh . awak lah . apa pulak saya . awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : saya kan kerja . mana ada masa
Teruna : (pulak dah , gaduh nanti) ehh-ehh . pakcik makcik , kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak . maksudnya lebih kurang jugaklah . nak tanya lagi , anak pakcik pandai masak tak ?
Bapa Gadis : hmmm .. haram . tau-tau bangun tido pukul 12 lebih , bukan bangun pagi dah tu . bangun tengahari . terus makan tengahari
Ibu Gadis : apa la ayahnya , orang ni nak buat anak kita bini , dia cerita buruk-buruk pulak
Bapa Gadis : maknya pun sama suka bangun lambat juga ..
Ibu Gadis : ayahnya !!
Teruna : (kah kah kah .. Bengong .. Macam tu pun nak cerita) hehe .. okey .. soalan lagi . boleh tak dia baca quran ?
Ibu Gadis : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila ?
Ibu Gadis : ermmm .. darjah 1 agaknya
Teruna : hmmm
Ibu Gadis : kenapa ?
Teruna : takde apa la makcik . soalan cepuman . dia solat tak ?
Bapa Gadis : apa motif kamu tanya semua ni ? dia kan selalu ikut kamu . kamu tau la
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat , dia cakap datang bulan . hari-hari datang bulan . dia tau solat atau tak ?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu . Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan marah .

Teruna : boleh saya sambung lagi . dia tak reti masak , tak reti solat , tak reti mengaji , tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi . dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik dengan pakcik . lagi pun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia . lainlah dia ni 'hafizah' , 30 juzuk dalam kepala , bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas . ha ... itu barulah berba;oi 100 ribu pun saya sanggup bayar . tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih serendah-rendah mahar . sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh ibu si gadis .

Ketiga mereka menundukkan kepala . Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada . Terutamanya pada majlis perkahwinan .

Adat mengatasi agama . Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai . Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami , dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami .

Amatlah rugi . Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat , tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri . Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali .

Bapa Gadis : tapi kan , pakcik nak anak pakcik rasa sekali . benda seperti tu kan sekali seumur hidup
Teruna : pakcik nak anak pakck rasa ke pakcik yang rasa grand ?
Ibu Gadis : tentulah kami berdua pun turut gembira
Teruna : ye ke ? pakcik makcik , saya bukan apa . sekarang dosa anak pakcik , pakcik yang tanggung . esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung . pastu pakcik nak buat bersanding pulak . setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa . lagilah saya berdosa sangat-sangat

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu . Si ibu tahu , si teruna bercakap menggunakan fakta agama . Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu .

Bapa Gadis: kamu memandai pulak nak cakap agama dengan kami
Teruna : ehh .. maaflah pakcik . bukan saya nak bercakap pasal agama , tapi itulah hakikat sebenar . kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama
Bapa Gadis : camni lah . kamu sediakan 25 ribu dengan 31 dulang . kalau takde , kamu tak boleh kahwin dengan anak aku !!
Teruna : lama lgilah camtu . dalam umur saya 30 lebih , baru dapat masuk meminang . kalau camtu pakcik , 'izinkan saya berzina dengan anak pakcik' ?
Bapa Gadis : hoi !! kau dah melampau , kau baik-baik sikit cakap tu . jangan main sedap mulut je !
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik . pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah ? sebab benda ni lah pakcik . selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin . tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul , syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia . akhirnya mereka mengabil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina . mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik . pegang-pegang tangan , peluk-peluk , pegang pinggul dan sebagainya . tapi lama-lama jadi berat-berat . yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan
Bapa Gadis : apa kaitan kamu nak berzina pula ?
Teruna : ye la .. dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang . biar ada duit dulu baru boleh kahwin . kami nak lepaskan nafsu camne pakcik ? tiap hari saya tengok dia , dia tengok saya . susah pakcik , nafsu .. sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina dengan anak pakcik . apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina . sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tahu . nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina . err .. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je . ada yang zina ringan-ringan . tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat
Bapa Gadis : hmm .. kamu ni peliklah . nasib baik pakcik cool je . kalau orang lain , dah lama angkat parang . tapi kalau takde duit , camne kamu nak bagi dia makan ?
Teruna : hehe .. pakcik , pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitahu ??

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu , dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu , lelaki dan perempuan . Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya) , lagi Maha Mengetahui"
( TQS An Nur 32)

Teruna : takkan lah kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan ? lagi pun pakcik , kalau makan dan minum tu insyaAllah , berdaya lagi untuk saya beri pada dia . tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi . kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia , baiklah disegerakan . pakcik pun tak mahu perkara-perkara tak elok kan ?

Senyap tanpa kata bapa si gadis , merenung kata-kata si teruna . Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna . Dan bapa si gadis mendapat akal .

Bapa Gadis : kamu tau la sekarang ni . kalau ikut cara kamu tu . mungkin kamu tak suka dengan persandingan , pakcik boleh terima . tapi kamu kena ambil kira apa orang lain yang akan kata . tahu-tahu orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu . mana nak letak muka ni ?
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu . kena tangkap basah 2 ribu je denda . kat Malaysia TAKDE HUDUD dan kalau untung , boleh nikah masa tu jugak . bagus-bagus
Bapa Gadis : serius la sikit ..
Teruna : betul dah tu pakcik . hehe .. tapi pakcik , saya tak kata pun takde walimatul urus . sedang walimatul urus itu perlu untuk dihebahkan yang anak-anak dah kahwin . itu cara Islam . ok . tapi yang tak ok nya , bersanding tu hahh . kesian saya pakcik , saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik , orang lain pun dapat tengok sekali . siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka , saya yang berdosa pakcik . saya yang menanggung disa dia . insyaAllah pakcik . kita bukan nak buat apa pakcik . syariat memang camtu . maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini , tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan . susah lah camtu pakcik
maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya . segala-galanya kita serah pada Allah . kita merancang je , tapi Allah yang menentukan

Azan zohor berkumandang , jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis . Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama . Namun ajakan itu ditolak dengan lembut.

Lantas si teruna memberi salam dan memohan untuk keluar . Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya . Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi .

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya . Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat .

Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya . Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya .

Ibu Gadis : apa yang budak tu kata betul . kita ni tak beratkan pada agama selama ini . kita sambil lewa ayahnya ..
Bapa Gadis : hmm ... ntah lah , tak tahu lah saya . keras betul budak tu kata tadi . satu-satunya kena . dia pesan tadi suruh bersiap , lepas zohor dia ambil kamu
Gadis : takde mood nak pegi la ayah .. ntah ..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej .

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis ..

"Andai Allah telah memilih dirimu untukku , aku redha dan akan terus bersama mu , aku juga akan terus pada agama yang ada pada mu ."
"Petang ni takde mood nak keluar , sorry ..."

"Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan ."

p/s : Hanya sekadar cerita untuk diambil sebagai ikhtibar . Ingatlah , apabila seorang lelaki dan perempuan berdua-duaan , syaitan adalah makhluk yang ke-3



Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )

Tuesday, August 13, 2013

Your Mother is a Liar !!

Fakta !! Percaya Atau Tidak , Inilah Realitinya :
  • saat makan , jika makanan kurang , dia akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata : "cepatlah makan , ibu tidak lapar"
  • waktu makan , dia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata : "ibu tidak suka daging , makanlah nak"
  • tengah malam ketika dia sedang menjaga anaknya yang sakit , dia berkata : "rehatlah nak , ibu temankan . ibu masih belum mengantuk"
  • setelah anak sudah tamat sekolah , bekerja , mengirimkan wang untuk ibu . dia berkata : "simpanlah untuk keperluanmu nak , ibu masih ada simpanan"
  • apabila anaknya sudah Berjaya , hidup senang , menjemput ibunya tinggal di rumah besar . lantas dia berkata : "rumah tua kita sangat selesa , ibu tidak biasa tinggal di rumah besar"
dan pembohongan paling besar daripada ibu adalah :
  • saat menjelang tua , ibu sakit kuat , anaknya akan menangis , tetapi ibu masih boleh tersenyum sambil berkata : "jangan menangis , ibu tidak apa-apa" . ini adalah pembohongan terakhir yang dibuat oleh ibu 
tidak peduli seberapa kaya pun kita , seberapa dewasanya kita , ibu selalu menganggap kita anak kecilnya , mengkhuatiri diri kita , tidak pernah pun membiarkan kita mengkhuatirkan dirinya ...



Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )

Friday, May 17, 2013

Letter Of Resignation


Letter of Resignation

you know why I want to resign?
since I worked for you, my money is not enough to use. when my money is not enough to use, I become unhappy. when I become unhappy, I will eat a lot. when I eat a lot, I will get fat. when I get fat, it will affect your company's image. when your company's image is affected, your business not good. when your business not good, you become unhappy. when you become unhappy, you will eat a lot. I'm afraid you will become fat, like me.

you see sir, it's a vicious cycle I did everything for your own good, because I care for you, sir.
so the conclusion is, I want to resign. please let me go lah ...

thank you

Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )

Thursday, March 28, 2013

Break Up Letter


Joyah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend MAT SALLEH nya ..
dia tak sanggup bertemu muka , lalu dia pun mengutus surat ..
surat tu macam ni bunyinya :

hi, my motive write this letter is to give know you something.
I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook cook.

I know I clap one hand only. correctly I have seen you and she together at town with eyes myself. you always ask for apology back back. I don't trust you again!! you are really crocodile land!!

my friend speak you play wood three.. now I know you correct correct play wood three. so, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. so, I break off to go far from here. I don't want you to play play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times ..

safe walk, my ex-boyfriend ..

Joyah

Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )