
Firman Allah SWT :
"sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab , supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya"
(Surah Yusuf : ayat 2)
ayat ini menjelaskan betapa pentingnya memahami Al-Quran . Allah telah membekalkan manusia dengan akal yang waras agar dapat menggunakannya untuk memahami Al-Quran melalui pelbagai cara . salah satu daripadanya ialah dengan mempelajari bahasa Arab .
memahami Al-Quran adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam . walaupun dengan hanya membacanya kita diberikan pahala . tetapi kita tidaklah boleh berhenti setakat di situ sahaja . seharusnya kita sebagai umat Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai landasan utama kehidupan kita dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW , seharusnya memahami isi kandungannya dengan menggunakan pelbagai kaedah .
sememangnya kita sering bimbang hati kita lalai dan berat untuk mendalami Al-Quran . justeru , kitalah yang menentukan landasan kehidupan kita .
Firman Allah SWT :
"(setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran ? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?"
(Surah Muhammad : ayat 24)
semoga dengan 2 firman Allah SWT ini akan membangkitkan hati kita untuk memahami Al-Quran . Aamiiin
..
No comments:
Post a Comment