Tuesday, May 6, 2014

Bila Pelajar Sains Bercinta


di ambang sore nan hening ...

Lelaki : kasihku , ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isi padu jantungku . masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan ??
Perempuan : aku tidak percaya kepadamu , kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku .
Lelaki : kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini , kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian .
Perempuan : tapi , aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang ku berikan .
Lelaki : tapi cintaku padamu adalah pemalar !!
Perempuan : aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih .
Lelaki : tapi , aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan .
Perempuan : kau jangan bohong ! aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak .
Lelaki : itu adalah fitnah yang telah tersebar melalui proses pancaran dan perolakan .
Perempuan : tetapi , mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan ?
Lelaki : aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu .
Perempuan : adakah kita akan berpadu secara kimia ?
Lelaki : itu masih belum diketahui , tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya .
Perempuan : aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya .
Lelaki : nampaknya , kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya .
Perempuan : tapi , aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali . masihkah kau tidak percaya ?
Lelaki : ya , aku percaya . tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim .
Perempuan : itu semua boleh diabaikan , yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam .
Lelaki : kau harus bersabar , kerasa sabar itu 0.5 dari iman .
Perempuan : tapi , imanku adalah infiniti !!
Lelaki : aku tidak fikir iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23 .
Perempuan : kau membuat kemarahanku meruap-ruap . nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara , kau juga yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis .
Lelaki : aku sekarang bukan aku yang dulu lagi , aku telah mengalami plasmolisis .
Perempuan : kau betul-betul menyakitkan hatiku ini . ku sangkakan kau intan , tetapi rupa-rupanya kau grafit . pergi kau dari sini , biarkan aku sendirian ...



Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )

1 comment: