Thursday, November 29, 2012

Kecewa ??


Anda Kecewa Kerana Bercinta ??


  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar , masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-Nya
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik , khas untuk diri kita
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang terbaik hanya ada bersama ALLAH
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal

wahai sahabatku dan diriku yang kecewa , menderita dan sengsara kerana cinta , fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya . gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya
percayalah , sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-Nya

Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )

Friday, November 23, 2012

Fadhilat Puasa Sunat 'Asyura


Daripada Abdullah bin Ma'bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasalah pada hari 'Asyura (ke-10 Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.
(Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari ke-10 (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini? Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Alah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.
(Telah dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari 'Asyura. Ulama' juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari ke-9 Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari ke-10 Muharram. Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharram lah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Sesiapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu. Semoga kita dapat  menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.

Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )