Monday, November 14, 2011

Smart Cerita Nya ..

 

hello my friends .. hahaha .. kali ni aku nak kongsi pasal cerita Real Steel .. korang tahu kan cerita nie ??? bagi sesiapa yang x tahu , korang kena baca blog aku sampai habis .. aku akan story-mory apa yg aku ingat time aku tengok cerita tu .. hahaha
untuk pengetahuan korang semua , cerita ni aku dah lama dah tengok .. tapi sekarang baru nak kongsi ..
okay , sekarang aku cerita pasal Real Steel pulak ..
cerita ni ada ramai pelakon yang hebat2 .. antara pelakon2nya ialah :-
 
Hugh Jackman










 Dakota Goyo


 Evangeline Lilly


Anthony Mackie


Kevin Durand

now , kita terus pada sinopsisnya ...
(untuk sinopsis , aku guna ayat baku sikit ,.. hahaha)

        cerita ni mengenai perlawanan tinju . menariknya dalam movie nie , perlawanan tinju ni antara robot vs robot yang dikawal manusia . hero dalam movie ni ialah Charlie Kenton (Hugh Jackman) & Max (Dakota Goyo) . Charlie merupakan seorang bekas peninju . dia seorang peninju yang hebat , walau hebat macam mana pun dia , dia belum pernah meraih gelaran juara (hahaha kesian dia).

        zaman semakin moden , perlawanan tinju antara manusia telah diganti dengan perlawanan tinju antara robot . minat Charlie terhadap sukan tinju diteruskan dengan cara pengawalan terhadap robotnya . Charlie dikelilingi banyak hutang . dia bertaruh , tapi bila kalah , x bayar .. tu la sebab dia berhutang .. Charlie ada beli sebuah robot .. ntah ape nama robot warna purple uh , robot uh hebat la gak , tapi Charlie x reti kawal terus kalah teruk & robot barunya rosak ..

        eh , lupa nak bagi tau , Charlie ada sorang anak .. Max uh anak dia lah .. Max pun minat gak dengan perlawanan tinju ni . tapi sebelum ni dia main perlawanan robot dalam xbox 720 dia lah .. Charlie ada bawa Max ke 1 tempat di manaa Charlie cari barang2 untuk perbetulkan robot dia .. haa , kat situ la Max jumpe sebuah robot lama .. Max pun bawa la balik robot tu . robot tu ada kelebihannya , dia bole meniru gaya tuannya .. so Max mintak tolong Charlie ajar dia bertinju .. Charlie pun ajarlah .. dalam masa tu la hubungan antara diorang berdua makin erat ..

        misi diorang adalah untuk masuk dalam liga tinju robot .. dari semasa ke semasa , robot yang dikawal Max & Charlie semakin hebat daan menjadi sebutan orang ramai .. lagi 1 , nama robot Max uh Atom .. dalam perlawanan liga tinju , ada sebuah robot yang hebat gila nak mati .. langsung x pernah kalah .. nama robot tu Zeus .. tuan robot uh punye la berlagak .. korang nak taw , Max uh punye la berani .. dia cabar Zeus !! peh , memang nak maut ini budak ..

        so cerita punye cerita , perlawanan antara Zeus & Atom pun diaturkan .. sebenarnya setiap perlawanan tinju robot mesti dikawal .. korang tau x , perlawanan antara Zeus & Atom lama gila .. tapi kesian kat Atom sebab dia asyik kena belasah je .. tapi tu x mematahkan semangat Charlie & Max untuk terus berlawan .. diorang menggunakan taktik diorang untuk menyerang Zeus dan akhirnya , masing2 kena belasah teruk .. perlawanan belum habis lagi , ada 1 pukulan Zeus tepat kena kat Atom n menyebabkan Atom x dapat dikawal nan controller nya .. tapi nasib baik masa dah tamat , diorang kena lawan lagi at round seterusnya .. tapi Atom dah x leh dikawal .. so cam ne nak menang ?? ha , time ni la Max ubah cara pengawalan Atom mengikut gerak tubuh Charlie ..

        pada perlawanan seterusnya , Atom banyak bertahan .. tapi akhirnya , bila dapat masa yang sesuai , dia belasah Zeus sampai rosak2 .. tapi Zeus bernasib baik gak sebab masa dah tamat n perlawanan antara diorang berdua seri . sebab masing2 dah rosak , perlawanan diundi oleh juri untuk menentukan sapa yang berhak menang .. korang tau diorang pilih sapa ?? diorang pilih Zeus .. panas tol aq .. n then , ceritanya pun tamat ..


so , menarik x ceritanya ?? panjang lebar tol aku bercerita .. hahaha .. kalo korang nak tau lebih lanjut , better korang tengok cerita nya okay ??
 
 


Dah Baca ? Follow Sini Sekali : )

No comments:

Post a Comment