
duhai teman ..
pemergian mu merupakan satu kehilangan
pahit manis mu tak kan ku lupakan
kerana itu merupakan satu kenangan
yang akan ku simpan biar berzaman
duhai teman ..
memori kita sentiasa dalam ingatan
ingatlah ,
jaga diri jaga iman
sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya cubaan
menghitung amalan kita di hari penentuan
semoga diri mu terus maju melangkah ke hadapan
dalam onak yang penuh rintangan dan halangan
duhai teman ..
terima kasih kerana membuatkan satu kenangan terindah dalam hidup ku
terima kasih kerana ada di saat aku terjatuh
terima kasih kerana mengingatkan aku siapakah yang sepatutnya aku bergantung
terima kasih kerana menjadi sesuatu yang manis untuk diingat dalam hidup ini
duhai teman ..
semoga Allah merahmati persahabatan kita
semoga Allah pertemukan kita kembali
tidak di sini insyaAllah di akhirat sana
segala nasihat dan peringatan menjadi azimat dalam kehidupan :)
No comments:
Post a Comment